Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Monday, February 28, 2011

Burlesque...

Atas permintaan beberapa orang member aku,aku nak kasi story cket pasal cter Burlesque..
cter ni mula2 aku sendiri xnak tengok,, yela cter joget2..
bila aku tengok je poster cter ni kat wayang, aku terdiam seribu bahasa..
terbayang cter high school musical,,joget2.. camner aku xterkejut, poster kaler pink2 lg.. haha.. then atas paksaan member aku, aku gagahkan diri tengok gak cter ni...
mula2 tu xbest la sangat kan cter ni,, yela opening,,
dah lama2 tengok,best pulak...
pelakon utama dia Christina Aguilera dan Cher(Khairi Azmi)..

kisah pasal sorang minah ni merantau cari kerja,, then dia masuk la satu club ni,, nama burlesque.. kat sini aa dia first tgk penari2 wat miming lagu sumer..
masa ni lah dia terpikat.. bg aku pon lagu opening ni mmg memikat.. best..
tajuk lagu ni welcome to burlesque.. korang try lah tengok kat youtube yer..

haa rating lak,kalau bagi aku.....emmm.. bape ea... 8/10 lah,,
best gak la cte ni,, t korang tengok lah yer..

Sunday, February 27, 2011

ke PC Fair

Macam lam tajuk kat atas nih, pukul 4.30pm tadi aku pi pc fair kat mitc melaka..
bukan ape,niat aku sebab nak p beli satu barang nih,, benda ni aku da ushar2 masa ari jumaat aritu.. masa tu aku g ngan budak2 opis aku.. hoho.. kenapa aku xbeli masa tu? sebab aku lupa nak kuakan duit.. hehe.. nak pinjam duit membe,segan lak.. haha..

aku bawak la moto tu dari klebang ke mitc,perjalanan yang mengambil masa 30 minit untuk sampai ke sana..(jao tu)
tapi xpe,demi barang yang aku impikan,aku sanggup pergi jugak..
walaupon aku pergi xberteman.. ye aku pergi SORANG,,hehe,, sanggup betul..

pastu,aku sampai kat mitc tu,, wah,mmg ramai orang kat sana.. aku pon pergi lah menuju kat kedai yang jual barang tu...

then aku pon beli la barang tu,. aku berjalan ke pintu keluar dengan gembiranya..
tapi..............................

bila aku sampai je kat pintu exit tu, aku disambut,,bagaikan artis... sambutan dari dorang sangat menjengkelkan,, sebab....

  • dik,broadband murah dik..
  • abang,pakai line tepon pe?
  • bro, lu ada pakai line celcom x?
  • bos, try la broadband maxis,,,modem free,,

haish,, semak giler kot,, dekat 20 orang tunggu kat pintu keluar tu..emm.. aku rasa lebih kot,, yela ngan promoter maxis,celcom,digi,p1 lg,, haha,, sepanjang2 jalan keluar tu penuh ngan promoter.. xkisah la kan kalau nak berniaga.. tapi kesian la orang2 yang nak keluar... siap dengan makcik2 pon kene promote bli broadband, dikejarnya sampai hujung exit.. kesian kot.. aku pon mula2 ada la angkat tangan cakap xnak.tapi dorang kejar2 gak aku,last2 aku pon wat bodo je keluar..

haa bila dah keluar,aku pon buang tabiat,, hehe,, aku keluarkan barang yang aku beli tadi,pakai sampai la balik uma,, nek moto,, sempoi,, nampak 3d lg..hahahaha...

Saturday, February 26, 2011

tiada motif..hehe..

telefon kat rumah aku berbunyi....dengan segera aku pon bangun dari kerusi dan bergegas ke telefon rumah..

aku:alo..
fazira: alo,,along ke ni?
aku: haa sape lg kalau bukan along ko yang suara hensem nih..
fazira: along, kita dah habis tusyen nih...mama mana?
aku:mama keluar jap...
fazira: along tepon mama soh amek owg leh?
aku: baik..
fazira: along kat mana??
aku: !@#$%^


cuba korang teka aku kat mana?

Wednesday, February 23, 2011

Baju Cinta~~hahaha..

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”


amek kat sini..

Monday, February 21, 2011

Lain Orang,Lain Ragam...


tadi pas aku balik keje, ak tros g restoran bapak aku,, niat nk tolong2 la sket2 kn..
then,masa aku tengah amek order,layan orang bagai, ada lah 2 kejadian pelik dan xkelakau berlaku...

kejadian `1:

ada sekumpulan budak2 skola ngah minum, dia panggil aku,,
dorang soh kira,,,
aku xtao sgt la pasal harga2 nih kn..
pastu aku cakap la kejap, aku panggil pakcik yang tukang masak nih..
pastu dorang jawab cmni.. "ok kak"..
peh.. xpasan la tu,, mungkin terlepas cakap kot,,
lgpon customer kan,xbole nk marah2,,,
naseb bek budak2 laki,skola menengah..
aku p kat dorang balik,aku ckp,, "sory bro,gua jantan tulen.." hahaha.. seb bek dorang pon layan je gelak2,,,

kalau kejadian kat atas tu xbest,try tgk kejadian 2 lak..sebab aku sendiri rasa kejadian 1 ni xbest...yg no 2 ni xkelakau tapi aneh...

kejadian 2:

ada sorang pakcik ni,, nek beskal..datang kedai,..
pastu dia cakap ngan bapak aku,dia datang nak mintak sdekah makanan sikit..
bapak aku pon suruh aku amekkan makanan sikit,bungkuskan tok dia...
aku amek nasi sikit,letak ikan goreng,,
pastu pakcik tu mencelah,, dia cakap,letak kuah masak asam sikit,,
aku pon letak la kuah,,
pastu dia kata lagi,letak lebih2 sikit,,
aku pon letak la kuah banyak2 sket..
pastu dia amek polistrin dia tu, dia amek sendiri bendi..
wah hebat pakcik nih,,
pastu cakap kat aku,,
bungkuskan pakcik teh panas..
wah,bertambah hebat,,
bapak aku pon dengar,,
bapak aku cakap,orang dah bagi tu, xyah la nk amek kesempatan sangat..
pakcik tu pon blah g kat beskal dia,xckp time kasih,,
pastu pandang2 signboard kedai bapak aku sambil geleng2 kepala..

Monday, February 14, 2011

Hidup Xselalu Indah

Orang kata hidup xselalu indah.. orang kata apa yang kita inginkan,belum tentu kita dapat walaupun dah berusaha,, sebab ni adalah takdir.. tiada siapa dapat mengubah takdir.. kalau kita dah berusaha study giler2 tapi last2 result xberapa memberangsangkan, itu lah takdir kita.. kalau suka ngan sorang perempuan/lelaki, then kita try untuk tawan hati dia, tapi xdpt, itu lah takdir.. setiap kejadian,pasti ada hikmahnya.. belajarlah menerima takdir.. mungkin apa yang kita inginkan,kita tidak akan dapat,tapi masa akan datang nanti,mungkin ada yang lagi baik untuk kita.. Ditujukan untuk seseorang, belajarlah meneriman hakikat,, bunga bukan sekuntum,, anggap dia tu cuma bunga tahi ayam,,, pasti bunga lain yang lebih bagus mcm bunga kertas ke,akan datang kat ko..

Sunday, February 13, 2011

Lawak Teknologi Lembu

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree,
tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung
beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia
yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi.
So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej
tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej
aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Saturday, February 5, 2011

Gambar - gambar Lawak dan Aneh,,,hoho..

entry kali ni, aku nak share gambar- gambar lawak kat korang,,, gambar-gambar ni aku dapat kat Encik Google punyer kaum iaitu google image... Enjoy...


*cari makan tok tuan saya~~

*i am their secret weapon~

*with great power,comes great responsibility~(spiderman)

*this is mine~

*lets race~


*bukan takat dapat kejar,siap bawak 3 orang lg moto nih~

*berfikir 2 kali untuk suka anime gurls~

*minuman berdosa yang spesial~


*save money~xyah bli topi

*mesti perempuan xnk minum

*kesilapan sedikit mengubah maksud kempen


*semua bertanda ini tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada..hanya bermotifkan jenaka sahaja

LELAKI HANDSOME VS LELAKI TAK HANDSOME

Kalau lelaki handsome pendiam

Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam
pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero
filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan
tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh
kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus
menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya
ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang
begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to
cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan
ni?


sumber : internet la mana lg,,^^

Fakta Lawak

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


source .... sini

Wednesday, February 2, 2011

Lawak Magik

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

credit to original source>>> sini

Info tentang Panda~

Entry aku kali ini bermotifkan ilmu pengetahuan...hoho,, asyik pasal diri aku je,, skali skala buat la pasal panda lak kan.,.. ni lah info yang dapat ak ekstrak daripada Wikipedia~~

~nama panda ni xtao lah dari mana asal usul. Perkataan yang paling dekat ialah perkataan Nepali iaitu ponya, yang mungkin refer kepada "wrist bone"..

~orang barat dulu2 panggil panda ni sebagai red panda.. tang mana red aku pon xtao..

~dalam ilmu penulisan cina pada zaman dulu2, panda ni leh dipanggil dengan 20 nama yang berlainan seperti spotted bear dan bamboo bear...

~pada 2006 dalam satu artikel New York Times, kos nak simpan panda ni 5 kali lebih mahal daripada gajah...zoo amerika ni bayar kat kerajaan china lebih kurang 1juta setahun untuk simpan panda nih...

~walaupon dia ni jenis karnivor, tapi mostly 99% dia mkn bamboo je,,hoho,,

~dalam keluarga beruang, panda ni adalah golongan kedua yang mempunyai ekor terpanjang iaitu sepanjang 10 hingga 15 cm..(panjang!)

~walaupon panda ni adalah haiwan yang hampir pupus, tetapi kat shopping mall byk jual panda nih,, lembut2 sumenye..hoho~~

~selama berdekad2 lamanya panda ini didebatkan kerana mempunyai ciri2 rakun dan beruang...debat punye debat,akhirnya panda ni dinobatkan sebagai beruang..

~beruang juga dikategorikan sebagai fosil hidup,,