Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Tuesday, June 28, 2011

lawak teknologi

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

Monday, June 27, 2011

lawak kacang,,

Alkisah seorang perempuan yang bernama milah ni,dia bawak boyfriend dia pegi jumpa ngan nenek dia.Sesampainya si Milah dan boyfriendnya disana,Milah pun mengenalkan boyfrindnya kepada neneknya.

Milah:Nek nilah Tun yang milah selalu ceritakan kat nenek tu.

Nenek:Oh ni ke orangnya?(Nenek Milah bertanya sambil merenung si Tun )

Milah:Nenek borak2 lah dulu ngan si Tun ni.Milah gi watkan air.

Tun dengan selambanya menghabiskan kacang yang ada di atas meja.

Tun:Nek sorylah kacang nenek dah abis.

Nenek:Tak ape.Lagipun Milah sesalu belikan nenek coklat yang ada kacang.so,kacang dia nenek kulam kulam je tak makan pun.

Tun(dalam hati):Alahai,apasal tak bagitau..



sumber : klik sini

tersalah tulang rusuk..


kalau kita ada hubungan ngan seseorang, memang indah sangat2.. aku berani cakap ni sebab aku pernah mengalaminya.. selain parent, ada gak someone yang care pasal kita.. masa aku bercinta dulu, memang aku rasa bahagia, bahagia macam dah kahwin,,hehehe,, tapi belum lagi buat macam dah kahwin ea.. aku still jaga tingkahlaku aku lagi..
tapi bila dah putus cinta, teruk bai.. kalau seseorang tu xamek berat pasal hubungan dia tu, xde lah sakit sangat bila putus cinta.. tapi kalau yang jenis macam aku nih.. agak susah lah..
masa tu aku memang sayang sangat kat ex aku ni,, aku macam dah confirm minah tu jadi bini aku, siap bawak dia jmpe mak ayah aku, then aku pon dah jumpa parent dia.. parent dia pon dah kenal parent aku.. memang xpnah terfikir pon yang kitorang xde jodoh.. then bila dia dah merantau, dah jumpa orang2 baru, hmmm.. paham2 lah..

masa tu, aku dah macam orang gila dah,, kat kelas,membe2 panggil pon aku xperasan.. pastu malam2 nanges (jujur).. hampir seminggu aku camnih.. tapi naseb bek lah ada la membe2 aku yang sporting leh bagi sokongan kat aku nih,, siap ajak makan soul garden lg.. kalau dorang xde, aku pon xtao lah,,

sekarang ni pon aku malas dah nak fikir2 benda2 nih sume.. bercinta lah,, ape lah.. sebelum ni aku dah jatuh hati ngan sorang perempuan ni tapi nak buat camner kan, orang dah xsuka,dia pon aku dengar2 citer dah minat orang len.. dah 2 kali dia cakap dia xsuka aku.. so aku rasa there won't be streak 3 times.. lagipon aku dah nekad, kalau aku xdapat usha dia, aku xnak pikir benda2 nih sampai ada orang datang minang.. yup nampak pelik,tapi nak buat camner kan.. hahaha.. xde lah,, aku ni jenis xsuka kalau nak bercinta main2.. sebab aku ni kalau nak cari awek, aku nak kekal sampai kawen,, oo yeah... kawin...

haha ni sumer citer nora elena lah nyer pasal.. pikir bercinta je bila tengok citer tu.. tapi siti saleha tu cantik,,, sebab tu kot ramai suka tengok citer tu..

dah2.. masa tok solat subuh,,, hopefully,my heart empty again..

tri-tard..

dulu aku anggap korang kawan bek aku.. skarang xlagi... kadang2 rasa menyesal kenal ngan korang...tapi nak buat camner kan,, dah takdir,terima jelah,, lagipon aku sendiri yang gatal2 g campur korang,, mula2 ingatkan korang lah kenangan manis aku kat sana tapi bila fikir2 balik, it would not bring any goodness..

Thursday, June 16, 2011

Selamat Tinggal Student Life

bye2 kehidupan sebagai student... hahaha.. life kat U ni mmg xbest.. seronok kalau ada membe2 baik yang satu kepala, tapi xde pon.. xmcm kat matrix, ramai geng satu kpala.. seronok time tu.. org kata kalau nk bergurau pakai pisau belit pon xde hal lah~~ hahaha.. bye2 student life,,, may we meet again~~

Wednesday, June 15, 2011

Alam Ghaib

citer pasal alam ghaib nih, aku ada aa dengar beberapa story mory sal neh.. aritu tukang masak kedai aku bagitao, kedai sebarang jalan berdepan ngan jalan aku tu dulu memang ramai giler orang.. kalo letak 100 meja pon,xcukup.. bila dengar macam hebat kan.. tapi sampailah satu kejadian berlaku.. owner kedai tu meninggal dunia sebab kena SANTAU.. obviously yang santau orang tu mesti pekedai2 yang berniaga kat sekitar kawasan tu.. (masa tu kedai aku lom wujud lagi)

kalau nak ikotkan, kedai aku pon dah kena.. kena buatan orang.. tapi xtao la kedai tu kne masa aku dah berniaga ataupon sebelum aku berniaga sebab paku yang aku jumpa dah berkarat.. masa tu, jumpa 4 batang paku kat setiap penjuru kedai aku nih.. ni macam pintu masuk/keluar "benda" tu aa kan.. masa tu, secara xsengaja dah tercabut sebatang paku.. so "benda" ni terperangkap kat dalam kedai aku nih,, xbole nak keluar.. so jadilah mcm2 kejadian contoh macam suara perempuan menangis aa, kelibat perempuan berbaju putih la..

kedai aku ni aku sewa 2 tingkat.. tingkat 2 lak lain cerita.. ayah aku ada la upah sorang pakcik ni nak bukak kipas ngan lampu tingkat 2 tu.. bila pakcik nih dah bukak, dia balik uma je,badan2 dia dah rasa cam panas,pastu demam.. dia g jmpe tah mana bomoh tah,tanya nape dia demam.. bomoh tu cakap, kes hantu laut.. aku rasa kan, hantu tu marah sebab dia panas,pakcik ni g cabut kipas ngan lampu..hehehe... tapi memang aku sendiri pon naik tingkat 2 tu pon rasa lain macam,,,

ada lagi kisah benda2 halus ni,, nantilah aku post...