Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Monday, April 23, 2012

it is a damn truth about my life.. 16.3 is the date... bermulanya dengan kata-kata "sudikah awak jadi perempuan terakhir dalam hidup saya"... dan dibalasi dengan "ye saya sudi" pada 5 jam seterusnya.. pada masa tu, memang xtahu nak kata apa.. hati ni dah bersedia nak bercinta lagi.. setelah setahun lebih tiada pengganti kepada seseorang, kini hidup terasa diawang-awangan kembali,, kembali hidup..

masih aku ingat lagi, keesokan harinya, benda pertama yang dia bagi, sarapan aku.. roti kastard dan air jus oren.. masa tu, aku hanya mampu terdiam.. kerana aku sangat-sangat menghargai pemberiannya hingga xterucap kegembiraan aku...

date pertama kami berlokasi di Dataran Pahlawan,, masa tu, aku dapat rasakan sesuatu,, dia xsempurna mencintai aku.. ak tahu... tapi aku biarkan.. aku layan dia seperti biasa, seperti pasangan kekasih,,setelah seminggu lebih, kami pergi tesco.. masa tu, ak dapat rasakan, dia lain.. xmacam sebelum ni,, dulu jalan sorang depan sorang belakang,, tapi ni x,,jalan kiri kanan.. baru aku tahu.. dia sedang mencintai aku.. masa tu aku rasa sangat bahagia..

dan aku masih ingat lagi, dia menangis depan aku.. katanya dia terlalu sayangkan aku,, pada masa tu, hanya tuhan jer tahu bagaimana perasaan aku pada masa tu,, aku hanya tersenyum, tetapi disebalik senyuman tu, aku sangat gembira..rasa bagaikan ingin memeluknya sekuat-kuat hati aku..

namun,sikapku yang teruk ini membuatkan hubungan ini goyah.. pergaduhan sering berlaku.. dan kini aku rasakan, kasih sayangnya terhadap aku mula luntur sikit demi sikit.. kini aku dapat rasakan betapa rapuhnya hubungan kami.. aku tidak mengimpikan perpisahan,, aku xsanggup menderita akibat perpisahan,,luka lama masih belum sembuh.. dan xmampu untuk menampung luka baru...

harapanku masa ini, hubungan ni dapat dipulihkan.. kerana aku telah menyayanginya lebih daripada aku menyayangi orang sebelumnya.. aku sanggup buat apa saja,untuk menyelamatkan hubungan ini..