Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Sunday, May 11, 2014

Cheerful Monday!

Halo,

Harini hepi,,hepi,,hepi,,,

Buat pertama kalinya, aku rasa sangat bahagia,, hehehehe..

Pada jam 11.00pm hari ahad, aku berasa tidak stress, tidak tertekan tentang kerja esok.. Esoknya (hari ini) aku bangun dari tidur sambil sengih sorang-sorang macam siput kena sedut.. Sebabnya......

BOS CUTI!

Gwahahahaha.. gelak syhaiton nampak.. hehe,, harini ramai staff cuti sebab esok cuti umum Hari Wesak.. so ramai amik cuti terus dari sabtu sampai lah selasa.. hehehe.. seronok tak terkata.. sambil buat kerja, boleh buat kerja sampingan (pesbuk,game henpon).. 

Semua orang suka bila bos xde, betul tak,, hehehe.. 

Haa lagi satu, yang aku perasan, ramai orang suka bila hari cuti,, malas nk kerja katanya.. Eh, kalo malas kerja kenapa nak kerja.. semua sebab DUIT.. duit zaman sekarang ni bagi aku penting.. Sebab takde duit, xleh beli playstation 4. hehehe..

Apa lagi ek nak tulis,, haaa... ok babai.. Salam..

Thursday, May 8, 2014

Malas!

Haloo,,

Selamat pagi,,

Hari ini mengular lagi dengan menulis blog semasa kerja,,hehe,, (kanak-kanak bawah 18 tahun jangan meniru aksi ini)

Oh rasa sungguh malas hari ini,, (tiap-tiap hari malas sebenarnya tapi hari ni rasa malas yang sangat legend!) Ni mesti kes minum air gula nih,, Dua hari lepas aku terteguk air gula, peeehhh.. Please call me adik manis okeh! Pas minum air gula tu terus rasa pening yang teramat.. Darah tak naik kepala kot sebab pekat sangat.. hehe..

Oh tak lama lagi aku nak mendirikan masjid.. Jeng jeng jeng.. Tarikh tamau bagitau.. Pastu dah plan nk jemput kawan-kawan pesbuk melalui event invitation, dan bersedia dgn komen-komen seperti 

-Tahniah.. Sory xdapat datang.
-Xdapat datang. Sori sesangat.
-Kenapa kau buat tarikh tu, aku ada hal.

Okay kawan-kawan. Oooo dulu kemain suruh jemput, dah jempot tak mau datang.. Tak nak kawan! Hehe..

Alaa kenapa bos aku ni berkeliaran je kat depan aku nii.. Okay babai.. Salam..

=)

Sunday, May 4, 2014

Phone Call

Halooo dan Salam semua,,

Hari ini 5/5/2014, tetiba rasa nak sambung story kat blog ni lak,, Masa ni aku ngah kerja,, so inilah yang dinamakan mengular..hehe,,

Sejam sebelum aku mengarang entri ini, aku dapat panggilan dari sebuah bank,, Dengan segera aku jawab walaupun collegue aku ada kat sekeliling aku, dengan harapan ada job offer.. 

Bank: Helo, boleh bercakap dengan Encik Hafiz?

Me: Ye saya, ada apa yang boleh saya bantu?

Bank: Encik ada masa tak untuk bercakap dengan kami?

Me: Yes opkos!

Bank: Encik Hafiz, harini encik TERpilih untuk membuat personal loan dengan bank kami dengan interest yang .

Me: Wah yeke?! (Dalam hati, DEM)

Bank: Untuk pengetahuan encik, encik boleh memohon pinjaman sebanyak 6 kali ganda dari gaji encik.

Me: ...

Bank: ...

Me: Oh ye, interest dia lak kira camner?

Bank: Interest dia based on gaji encik la,, Sekarang gaji encik berapa?

Me: Gaji saya RM1XXX.

Bank: Oh sebenarnya untuk personal loan ni, gaji minimum encik mestilah RM3XXX.

Me: Pfft! (Dua kali ganda gaji aku)

Bank: Kalau macam tu encik, kalau encik naik gaji nanti baru call kami semula ok? Kami akan bantu encik.

Me: Okay cik. Babai.

Kesimpulannya......kepada para bankers, sebelum call potential customer tu, make sure study debit credit flow dalam akaun orang tu dulu..kan dah malu disitu.. PEACE.. hehe..