Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Friday, December 30, 2016

Impian yang takkan tercapai : VR MMORPG

Hi geng,

Entri kali ni aku nak story sikit pasal impian aku. Impian aku yang tak akan tercapai dengan teknologi zaman sekarang. Masa depan, mungkin akan ada.

Impian aku ialah masuk dalam dunia VR (Virtual Realiti). Pada yang minat anime, try tengok anime bertajuk "Sword Art Online". This is what i meant. Meh aku citer sket pasal anime ni. Citer dia mengisahkan pada satu zaman dimana teknologi VR MMORPG telah dibangunkan.

Kirito (watak utama) telah bermain permainan yang dinamakan Sword Art Online. Menggunakan teknologi VR MMORPG, Kirito telah memasuki dunia virtual game tersebut menggunakan sejenis helmet yang dipanggil NerveGear. Helmet ni mengawal kesemua 5 deria pemain dan membolehkan pemain mengawal karakter didalam dunia virtual menggunakan minda.

Nasib malang menimpa semua pemain SAO apabila pencipta game dan juga pencipta NerveGear, Akihiko Kayaba telah mengurung semua pemain di dalam dunia SAO tersebut. Maknanya semua players tak boleh log out. Dan jika pemain mati di dalam game (HP 0), di dunia nyata juga dia akan mati.

Berbalik pada impian aku, walaupun ada risiko, aku nak sangat masuk dalam dunia VR. Boleh terbang, makan, pukul slime (benda lembik2 macam air tu), makan, dan macam2 lagi. (Start la macam2 fantasy aku terbayang).

Okay tu je. Babai.
Credit: google :P


Wednesday, December 7, 2016

Game : Last of Us

Hye all,

Kali ni aku nak ceritakan pasal salah satu game yang femes kat pelantar PS3 dengan PS4. Tajuk game tu ialah "The Last of Us". Mula2 aku tengok gameplay dia kat youtube, pehh dasat2. Mula aaa imaginasi aku datang, konon2 nanti masa zombie outbreak, camner lah keadaan dia.

Game ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Joel, mempunyai seorang anak perempuan. Kanak2 perempuan tersebut mati ditembak askar apabila mereka cuba untuk melarikan diri daripada serangan zombie. (Biasalah bila ada benda2 camni jer, mulalah kerajaan nak kuarantin bandar untuk mengelakkan dari virus menular ke tempat lain).

Lepas 20 tahun kemudian, lelaki ni berjumpa dengan seorang kanak2 perempuan bernama Ellie. Atas sebab2 tertentu, Joel harus membawa Ellie untuk berjumpa ketua kumpulan Firefly (kumpulan yang menentang kerajaan pada masa itu). Kumpulan tersebut mempunya barang kepunyaan Joel. Ellie dikatakan immune pada gigitan zombie dan atas sebab itu Firefly memeras ugut Joel untuk membawa Ellie kepada mereka.

Dalam perjalanan mereka, timbul rasa kasih sayang antara mereka berdua, dan kebetulan pulak anak Joel yang mati ditembak lebih kurang sebaya dengan Ellie jika masih hidup. Developer game ni ialah Naughty Dog, salah satu company yang hebat. Grafik dia sangat cantik. Sangat details. Try la tengok kat youtube.

Baru2 ni trailer sequel no 2 untuk siri 'The Last of Us" didedahkan dengan tajuk "The Last of Us 2". Hopefully jalan citer dia best macam siri pertama.


Monday, December 5, 2016

Hangout dengan anak bini

Hi u'olls..

Kali ni nak story sikit pasal last hangout dengan anak bini. Maklumlah, bizi punya pasal, nak hangout pon setahun sekali.. Sape yang keje bahagian finance/accountancy mesti paham. Cuti pon macam tak cuti. Deadline everywhere, everyday, everytime. Sometimes, nak buat kerja seharian pon pakai deadline, sebab dah terbiasa. Contohnya nak pi makan malam, agak2 dalam setengah jam mesti habis makan. Ni la akibatnya apabila kerja mempengaruhi fikiran. No time to rest.

Okay balik kat hangout tadi. Last Saturday kitorang decide nak hangout. Kalini aku bagi green light kat wife aku untuk mekap. Sejak kawin, jarang sangat dia mekap. Sebab katanya dia malas. Tapi aku tau jauh sudut hati dia memang nak sangat mekap. Aku takder hal, sebab aku paham, itu minat dia. Macam aku, hardcore gamers, dia layankan jer.

Pastu dah siap sumer, kitorang g Oriental Hospital dulu, melawat kawan wife aku punya husband yang buat minor operation kat lutut. Hospital tu baru lagi, so tak ramai orang. Sunyi. Kalau malam2 ni meremang jugak la kalau duduk sana. Cuma yang tak bestnyer, dia punya nurse. Tak pandai hormat patient. Sepatutnya private hospital kena la bagi layanan terbaik. Ni dia punya cakap memang suka buat orang sakit hati. Tak semua la, ada la certain2 orang.

Pastu kitorang g Dataran Pahlawan. Aku tak berapa suka datang sini sebab parking dia payah. Kalau ada pon yang mahal. Macam parking dalam Mahkota Parade, Hatten, DP. Kalau parking kat tepi2 jalan tu, nasib2 jer dapat. Aku lagi suka g AEON, sebab parking pon singgit jer. Banyak pulak tu parking. Orang2 Melaka tau kot perasaan aku ni (-_-)

Kat DP ni jer dah dekat 50 pic wife aku snap. OOTD katanya. Anak aku pon sama OOTD. So ada geng la dia. Lepas jejalan, tiba2 aku merasakan ada sesuatu tidak kena. Makin lama perasaan tu makin kuat, Ia adalah sesuatu yang dipanggil.... "LAPAR".. hmmm..

Anak dengan mak sibuk OOTD, bapak dia layan PSP kat belakang


Aku pon ajak wife aku g mekdi. Ngidam burger pulak. Pastu tengah2 menjamu selera, kami didatangi seseorang. Peminta sedekah. Dia meminta sedikit duit kerana mengatakan belum makan lagi. Aku pon hulur la sikit. Lepas dapat duit dari tangan aku, dia sorokkan duit tu dalam tangan sebelah lagi. Aku tengok berkepuk jugak la duit dia tu. Tanpa cakap TRIMAS, dia pon jalan gitu je, pastu g kat orang lain.

Aku dengan wife aku macam tergamam. Then aku cakap, think positive. Mungkin dia ada anak bini untuk diberi makan. So kita harus bagi dengan ikhlas.

Oklah. tu saja kisah kita untuk hari ni..

Bye~~~Ngee..

Thursday, December 1, 2016

Catatan : Business Trip to India (part 2)

Haluuu.. Pekabo?

Ni sambungan untuk citer yang lepas. Tentang pengalaman aku selama seminggu berada di negara orang.

Keesokan harinya, aku pon turun sarapan, dalam pukul 9.30 pagi waktu Malaysia. Beza waktu kita dengan India dalam lebih kurang 2 jam setengah. Maksudnya dalam waktu India, aku turun breakfast dalam pukul 7 pagi. 

Aku tengok menu yang ada. Pehh.. Masyukk. Banyak makanan yang aku tak kenal. Aku pon ape lagi. Baluunn.. Tapi lupa pulak nak amek pic. Kalau tak boleh share kat sini... Dah selesai makan, aku pon lepak kat lobby ngan member aku, tunggu wakil dari HP (company yang buat outsource tu). Keadaan masa tu hujan.. 

Dalam 5 minit, diorang pon sampai. Pastu dorang bawak kitorang naik kete.. Office diorang dekat je, 5 minit dah sampai, tapi disebabkan hujan, terpaksa naik kete. Sampai je kat receptionist, kitorang diberi kad akses. Hanya beberapa pintu je boleh dibuka menggunakan kad tersebut. 

So sampai je office, kitorang pon berkenalan dengan beberapa staff yang handle company kitorang. So first day ni just briefing jer. Waktu kerja diorang, start pukul 7 pagi sampai 3 petang. So kitorang diberi bilik khas untuk duduk dan buat sesi KT (knowledge transfer). Dalam bilik tu, ada skrin besar, untuk connect dengan laptop, pastu ada satu telefon untuk digunakan masa conference call. 

Dalam tu jugak ada jajan. Aku ulang sekali lagi.. JAJAN.. haaa ada banyak keropok2, jus Minute Pulpy. yang bestnya, tiap2 pagi akan ada orang replenish sumer kopok2 tu.. So kadang2 aku amek sebungkus untuk makan kat hotel nanti.. Ekekeke.. Kopi, Nescafe pulak ada kat pantri, boleh minum bila2 masa.

Masa lunch pulak, first day aku datang office sana, diorang bagi aku makan nasi briyani. pehh bapak sedap.. cuma yang anehnya, packing diorang. Nasi tu okaylah.. Cuma kuah2 dia tu.. Sumer letak dalam plastik foil. Ala yang kaler kelabu tu yang selalu orang pakai bila nak panggang ayam/ikan. 
So ada la 2-3 jenis kuah.. Kalau nak tau dalam tu kuah apa, kena la bukak dulu.. Buat2 surprise pulak kan.. 

Then lepas makan, Shailesh (member aku dari HP) ajak lepak kat luar, nak hisap rokok katanya. So aku pon ikot la.. Masa tengah lepak tu, ada la sekumpulan anjing, tiba2 lari laju, bagaikan mengejar something. Aku tanya Shailesh, kenapa tu.. Jawapan dia simple je.. "Gang Fight".. demn.. Anjing kat sana pon ada berpuak2 rebut kawasan.. 

Then pukul 3 aku pon balik jalan kaki dengan member aku tu. Sepanjang jalan, ramai warga India lepak. Anjing2 pulak berkeliaran banyak. Member pompuan aku tu pulak chinese. So memang jadi tumpuan la bila lalu sana. Mata dok memandang jer. Seram pulak rasanya. Tapi jarak dia dekat je ngan hotel, so aku tak risau sangat la. 

So the rest of the day aku lepak je dalam bilik tengok TV, tak pon buat kerja sikit. (Laptop ada, WIFI ada, so siapkan la kerja) Nampak sangat aku workaholic kan. Ngee~

So sepanjang aku kat sana, sesi KT aku berjalan lancar.. banyak jugak la persoalan diorang terjawab,, siap ajar diorang bahasa Melayu lagi.. Hehe.. Tapi masuk hari kedua, aku mintak supaya tak belikan aku nasi briyani, sebab aku nak makan kat kantin diorang jer. Nasi briyani tu diorang kena beli kat luar office, so aku taknak la menyusahkan diorang. 

Makanan kantin pon not bad apa. Ada paratha, nasi goreng, then macam2 la makanan local sana. yang bestnya, banyak makanan vege. So aku boleh jamin yang tu pork free. Sebelum makan pon aku tanya ada letak wine ke tak, takut diorang ada letak kan. 

Pasal bahasa pulak, most of them tak tau speak English. So komunikasi agak susah sikit. Kalau lunch tu boleh la sebab Shailesh ada jaga kitorang. Cuma macam dinner tu agak susah sikit sebab takde sape bawak kitorang makan makan. Makanan kat hotel pulak tak berapa okay. Mungkin sebab tekak ni dah sebati dengan makanan Malaysia. 

Okay stop talking about food.. Makanan jer dari awal sampai abis. Nak story pasal air pulak. Bekalan air bersih diorang tak banyak. Ada skali tu aku masak megi, pakai air paip. Siap je masak, aku pon makan,, Pehh rasa dia.. Air paip pon rasa lain.. So mostly kalau aku haus, aku akan request air mineral, tak pon air Minute Pulpy yang aku amek kat office.

Pasal trafik pulak, pehhh.. Malaysia lagi aman.. Walaupun ada makhluk2 yang tak reti bagi signal, pastu potong barisan, tapi Malaysia punya trafik lagi aman. Diorang tu asal ada ruang je, selit. Penah aku tengok, jalan kecik, tapi kete baris sampai 4 biji. Pastu ada satu simpang, nampak ada polis trafik jaga. Aku tengok polis tu macam takde fungsi.. Dia bagi arahan, takde sape dengar.. Siann.. 

Then masa balik, jalan nak g airport, teksi tu bawak kitorang lalu area kampung. Terserempak pulak dengan satu lori, berhenti tengah jalan. Yang bestnya, driver dia tengah makan sambil bersila depan lori tu.. Haha,, Pecah perut aku gelak2.. Yang kata berhenti tepi jalan untuk kencing, pon ada. Ramai pulak tu.. Kadang2 kencing ramai2.. Bersusun aku tengok..Ngee~

Oklah.. sampai situ jer.. 

Nanti aku story lagi yer..

Ngee~~
My daughter