Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Monday, February 14, 2011

Hidup Xselalu Indah

Orang kata hidup xselalu indah.. orang kata apa yang kita inginkan,belum tentu kita dapat walaupun dah berusaha,, sebab ni adalah takdir.. tiada siapa dapat mengubah takdir.. kalau kita dah berusaha study giler2 tapi last2 result xberapa memberangsangkan, itu lah takdir kita.. kalau suka ngan sorang perempuan/lelaki, then kita try untuk tawan hati dia, tapi xdpt, itu lah takdir.. setiap kejadian,pasti ada hikmahnya.. belajarlah menerima takdir.. mungkin apa yang kita inginkan,kita tidak akan dapat,tapi masa akan datang nanti,mungkin ada yang lagi baik untuk kita.. Ditujukan untuk seseorang, belajarlah meneriman hakikat,, bunga bukan sekuntum,, anggap dia tu cuma bunga tahi ayam,,, pasti bunga lain yang lebih bagus mcm bunga kertas ke,akan datang kat ko..

Sunday, February 13, 2011

Lawak Teknologi Lembu

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree,
tapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi tanggung
beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia
yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi.
So dia cakap dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej
tak payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej
aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Saturday, February 5, 2011

Gambar - gambar Lawak dan Aneh,,,hoho..

entry kali ni, aku nak share gambar- gambar lawak kat korang,,, gambar-gambar ni aku dapat kat Encik Google punyer kaum iaitu google image... Enjoy...


*cari makan tok tuan saya~~

*i am their secret weapon~

*with great power,comes great responsibility~(spiderman)

*this is mine~

*lets race~


*bukan takat dapat kejar,siap bawak 3 orang lg moto nih~

*berfikir 2 kali untuk suka anime gurls~

*minuman berdosa yang spesial~


*save money~xyah bli topi

*mesti perempuan xnk minum

*kesilapan sedikit mengubah maksud kempen


*semua bertanda ini tidak ada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada..hanya bermotifkan jenaka sahaja

LELAKI HANDSOME VS LELAKI TAK HANDSOME

Kalau lelaki handsome pendiam

Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam
pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg
diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero
filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang
diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan
tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok
saja luarannya)...

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus... penuh
kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus
menyayangi...

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya
ya?...

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas
perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang
begitu....

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to
cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan
ni?


sumber : internet la mana lg,,^^

Fakta Lawak

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


source .... sini

Wednesday, February 2, 2011

Lawak Magik

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

credit to original source>>> sini

Info tentang Panda~

Entry aku kali ini bermotifkan ilmu pengetahuan...hoho,, asyik pasal diri aku je,, skali skala buat la pasal panda lak kan.,.. ni lah info yang dapat ak ekstrak daripada Wikipedia~~

~nama panda ni xtao lah dari mana asal usul. Perkataan yang paling dekat ialah perkataan Nepali iaitu ponya, yang mungkin refer kepada "wrist bone"..

~orang barat dulu2 panggil panda ni sebagai red panda.. tang mana red aku pon xtao..

~dalam ilmu penulisan cina pada zaman dulu2, panda ni leh dipanggil dengan 20 nama yang berlainan seperti spotted bear dan bamboo bear...

~pada 2006 dalam satu artikel New York Times, kos nak simpan panda ni 5 kali lebih mahal daripada gajah...zoo amerika ni bayar kat kerajaan china lebih kurang 1juta setahun untuk simpan panda nih...

~walaupon dia ni jenis karnivor, tapi mostly 99% dia mkn bamboo je,,hoho,,

~dalam keluarga beruang, panda ni adalah golongan kedua yang mempunyai ekor terpanjang iaitu sepanjang 10 hingga 15 cm..(panjang!)

~walaupon panda ni adalah haiwan yang hampir pupus, tetapi kat shopping mall byk jual panda nih,, lembut2 sumenye..hoho~~

~selama berdekad2 lamanya panda ini didebatkan kerana mempunyai ciri2 rakun dan beruang...debat punye debat,akhirnya panda ni dinobatkan sebagai beruang..

~beruang juga dikategorikan sebagai fosil hidup,,