Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Wednesday, November 30, 2016

Catatan : Business Trip to India

Hi geng,

Kali ni aku nak cerita pengalaman aku g outstation kat negara asing. Negara asing yer.. Bukan negara makhluk asing.. Ngee~~

Tahun 2015, dalam bulan September (agaknya la, tiba2 lupa bila tarikhnya), aku terbang ke India. Masa ni company aku nak outsource beberapa role. Maksudnya nak upah company lain buat sesetengah kerja.

Sebelum ni aku handle Account Payable. Contohnya macam invoice supplier, payment untuk supplier. Haa camtu la. Jadi, bos aku ni suruh aku takeover bahagian costing pulak sebab diorang nak outsource account payable. Costing tu macam kira kos untuk produk2 yang produce kat kilang aku ni. Alah kira kos jer, kacang jer. (bapak susah macam...hmm tak mau cakap la).

So bos aku suruh aku g India (company outsource tu kat India) untuk sesi mengajar. Bila aku dengar je India, aku dah terbayang Kajol (tiba2 lagu Janam Janam masuk dalam kepala). Mana la tau tetiba jumpa Kajol ngan Sarukan. Boleh la cakap "Nak Sainnnnnn~"

Flight aku tu amek masa 4 jam sebab naik MAS. Tapi kalau naik flight lain pon sama je masa 4 jam (Bengong). Then aku sampai kat airport Bangalore, aku tengok airport dia sunyi jer. Tak ramai orang macam KLIA. Then dari airport, aku naik teksi untuk ke hotel. Perjalanan ke hotel amek masa lebih kurang 2 jam.

Dalam perjalanan, aku rasa sakit kepala. Mungkin sebab tak biasa dengan environment baru kot. So lepas check-in, aku wasap member aku ajak makan kat area lobby. (Kitorang dok bilik lain-lain sebab dia pompuan). Masa tu aku order spageti. Tapi spageti dia xmacam kat Malaysia punya. Rasa dia macam ada something yang tak kena. Senang citer Malaysia punya lg sedap.

Then lepas makan aku dok lepak dalam bilik tengok tv. (Banyak citer tamil, tapi best2 walaupun tak paham..Ngee~) Tapi mestilah ada channel english. So aku dok layan la citer "Impractical Jokers" selama seminggu aku kat sana. Nasib baik citer tu best. Korang try ler tengok youtube...

😆😆 Bersambung... (Panjang sangat nanti muak kalian nk membaca)
My Daughter

Wednesday, September 14, 2016

Haloooo...

Aku kembali lagi.. Setelah 2 tahun xpost pape kat blog ni.. dah bersarang semut dah ni..
Aku tiup monitor ni, ala2 movie Indiana Jones dia punya habuk terbang.. Fuhh..

Apa khabar geng? Aku ingat nak cuci tangan dalam bab2 blogging ni lepas kawen, tapi tiap2 malam aku dengar blog ni memanggil aku. macam saka lah pulak.. ekekeke,,

Jadi dengan izin Allah s.w.t, maka aku pon mula lah menulis blog ni. Aku tengok blog2 yang aku follow, banyak dah yg bersarang semut.. Ramai dah yang tak ber-blog lagi, lebih2 lagi bila dah mendirikan rumah tangga.

Sebelum aku nak start menulis ni, macam2 idea datang, macam buat rumah terbuka.. Bila nak menaip, lesap sumer idea2 tu.. Lesap dia langsung tak meninggalkan kesan.. Kalau hilang macam biskut pon ada la jugak habuk2 dia yang tinggal... ni dia punya lesap macam pakai Vanish...

Okaylah.. Cukuplah sampai disini jer.. Just nak bagi opening ceremony je untuk blog yang usang ini..
Pasni akan diupdate selalu.. Oooyeahh...

Salam dan Salam 1 Malaysia

Sunday, May 11, 2014

Cheerful Monday!

Halo,

Harini hepi,,hepi,,hepi,,,

Buat pertama kalinya, aku rasa sangat bahagia,, hehehehe..

Pada jam 11.00pm hari ahad, aku berasa tidak stress, tidak tertekan tentang kerja esok.. Esoknya (hari ini) aku bangun dari tidur sambil sengih sorang-sorang macam siput kena sedut.. Sebabnya......

BOS CUTI!

Gwahahahaha.. gelak syhaiton nampak.. hehe,, harini ramai staff cuti sebab esok cuti umum Hari Wesak.. so ramai amik cuti terus dari sabtu sampai lah selasa.. hehehe.. seronok tak terkata.. sambil buat kerja, boleh buat kerja sampingan (pesbuk,game henpon).. 

Semua orang suka bila bos xde, betul tak,, hehehe.. 

Haa lagi satu, yang aku perasan, ramai orang suka bila hari cuti,, malas nk kerja katanya.. Eh, kalo malas kerja kenapa nak kerja.. semua sebab DUIT.. duit zaman sekarang ni bagi aku penting.. Sebab takde duit, xleh beli playstation 4. hehehe..

Apa lagi ek nak tulis,, haaa... ok babai.. Salam..

Thursday, May 8, 2014

Malas!

Haloo,,

Selamat pagi,,

Hari ini mengular lagi dengan menulis blog semasa kerja,,hehe,, (kanak-kanak bawah 18 tahun jangan meniru aksi ini)

Oh rasa sungguh malas hari ini,, (tiap-tiap hari malas sebenarnya tapi hari ni rasa malas yang sangat legend!) Ni mesti kes minum air gula nih,, Dua hari lepas aku terteguk air gula, peeehhh.. Please call me adik manis okeh! Pas minum air gula tu terus rasa pening yang teramat.. Darah tak naik kepala kot sebab pekat sangat.. hehe..

Oh tak lama lagi aku nak mendirikan masjid.. Jeng jeng jeng.. Tarikh tamau bagitau.. Pastu dah plan nk jemput kawan-kawan pesbuk melalui event invitation, dan bersedia dgn komen-komen seperti 

-Tahniah.. Sory xdapat datang.
-Xdapat datang. Sori sesangat.
-Kenapa kau buat tarikh tu, aku ada hal.

Okay kawan-kawan. Oooo dulu kemain suruh jemput, dah jempot tak mau datang.. Tak nak kawan! Hehe..

Alaa kenapa bos aku ni berkeliaran je kat depan aku nii.. Okay babai.. Salam..

=)

Sunday, May 4, 2014

Phone Call

Halooo dan Salam semua,,

Hari ini 5/5/2014, tetiba rasa nak sambung story kat blog ni lak,, Masa ni aku ngah kerja,, so inilah yang dinamakan mengular..hehe,,

Sejam sebelum aku mengarang entri ini, aku dapat panggilan dari sebuah bank,, Dengan segera aku jawab walaupun collegue aku ada kat sekeliling aku, dengan harapan ada job offer.. 

Bank: Helo, boleh bercakap dengan Encik Hafiz?

Me: Ye saya, ada apa yang boleh saya bantu?

Bank: Encik ada masa tak untuk bercakap dengan kami?

Me: Yes opkos!

Bank: Encik Hafiz, harini encik TERpilih untuk membuat personal loan dengan bank kami dengan interest yang .

Me: Wah yeke?! (Dalam hati, DEM)

Bank: Untuk pengetahuan encik, encik boleh memohon pinjaman sebanyak 6 kali ganda dari gaji encik.

Me: ...

Bank: ...

Me: Oh ye, interest dia lak kira camner?

Bank: Interest dia based on gaji encik la,, Sekarang gaji encik berapa?

Me: Gaji saya RM1XXX.

Bank: Oh sebenarnya untuk personal loan ni, gaji minimum encik mestilah RM3XXX.

Me: Pfft! (Dua kali ganda gaji aku)

Bank: Kalau macam tu encik, kalau encik naik gaji nanti baru call kami semula ok? Kami akan bantu encik.

Me: Okay cik. Babai.

Kesimpulannya......kepada para bankers, sebelum call potential customer tu, make sure study debit credit flow dalam akaun orang tu dulu..kan dah malu disitu.. PEACE.. hehe..








Sunday, December 29, 2013

Khas kepada rakan-rakan UiTM..

Salam satu Malaysia,,,

Aku tak tahu sejak kebelakangan ni lagu UiTM Dihatiku dengan lagu Wawasan Setia Pelajar asyik berdendang dalam fikiran aku.. Aku akui memang rindu giler zaman belajar dulu (sambil nyanyi lagu Hafiz-Ku akui).. Zaman belajar dulu toksah nak pening bil-bil.. Toksah nak pening apa alasan aku nak bagi kat bos untuk MC.. Sakit kepala pon bila ada exam jer.. Skang ni sakit kepala tiap-tiap hujung bulan.. End-Month closing la, bil la.. Duit pon xpayah amik port sebab PTPTN kan ada.. Trimas PTPTN sebab support kewangan masa belajar..

Pastu nak datang keje lambat pon kena bagi alasan kukuh.. Dulu masa study, teringat la kan satu kisah ni.. Housemate aku sumer lambat.. Pastu dah la penat berlari-lari naik tangga sampai tingkat 14 (lif penuh beb,,nak tunggu tak sempat punya), bila sampai kelas, kena hukum pulak.. Peh.. Kena nyanyi.. Bikin segan.. haa.. biasalah orang low profile memang la segan kena nyanyi depan classmate sumer.. Mula-mula aku nyanyi lagu twinkle-twinkle little star, pastu kena boo ramai2,,, sedeyy..

Seriously aku rindu giler ngan suasana study dulu.. Pastu ngan tiga orang best buddies aku lagi yang dok kat rumah sewa kat bank tu.. Aku kalau boleh nak jer slalu lepak-lepak macam dulu, tapi rata-rata sumer kengkawan aku dah ada haluan masing-masing.. Membe aku ada cakap "reunion ni benda paling susah ".. Nak kumpul ramai-ramai,gelak tawa tanpa fikir nak pergi opis sok, memang aku rindu saat tu. 

To all my UiTM friends, thank a lot for being part of my life.. 

(Amik eyemo letak kat mata)

Tuesday, November 12, 2013

The Continued Journeys

Wohooooo...

Eheh... Salam..

Setelah lama kutinggalkan blog ini bermandikan habuk, akhirnya kubersihkan juga dengan post kali ini..

Last post tahun lepas, tahun 2012.. sekarang dah nk abis tahun 2013 dah.. Dalam jangka masa ni, macam-macam dah berlaku.. Contoh perkara yang dah berlaku:

1-Eksiden
2-Makan
3-Dapat kerja
4-Makan
5-Bertunang
6-Makan

Haa,, Oleh sebab yang demikian, maka jadilah aku yang sekarang.. Mak aihhh..berat naik wooo... Haa..

Sekarang aku kerja kilang jer.. Nama je ada degree tapi keje kilang.. Hek eleh ape tuu.. Xpelah janji keje aku ni halal, xde la aku gunakan ijazah dalam bidang kewangan aku ni untuk jual dadah,, (Eh apekebenda ni) Asal? Gak percaya? Ape xboleh ke tentukan market price untuk ketum pastu cari breakeven.. haa kan dah melalut.. haa.. Yang pasti, aku jadi mat kilang.. Tu citer dia.. Haa ko hado?

Aku xpandai la nk guna layout yang baru ni.. xpandai dah nk letak emotikon yang comel dan cantik.. Macam comel je, macam cantik je.. hehe..

Oklah.. bertemu lagi lain kali,,penat meroyan.. Buh-bye!

Eheh...Salam...