Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Tuesday, November 12, 2013

The Continued Journeys

Wohooooo...

Eheh... Salam..

Setelah lama kutinggalkan blog ini bermandikan habuk, akhirnya kubersihkan juga dengan post kali ini..

Last post tahun lepas, tahun 2012.. sekarang dah nk abis tahun 2013 dah.. Dalam jangka masa ni, macam-macam dah berlaku.. Contoh perkara yang dah berlaku:

1-Eksiden
2-Makan
3-Dapat kerja
4-Makan
5-Bertunang
6-Makan

Haa,, Oleh sebab yang demikian, maka jadilah aku yang sekarang.. Mak aihhh..berat naik wooo... Haa..

Sekarang aku kerja kilang jer.. Nama je ada degree tapi keje kilang.. Hek eleh ape tuu.. Xpelah janji keje aku ni halal, xde la aku gunakan ijazah dalam bidang kewangan aku ni untuk jual dadah,, (Eh apekebenda ni) Asal? Gak percaya? Ape xboleh ke tentukan market price untuk ketum pastu cari breakeven.. haa kan dah melalut.. haa.. Yang pasti, aku jadi mat kilang.. Tu citer dia.. Haa ko hado?

Aku xpandai la nk guna layout yang baru ni.. xpandai dah nk letak emotikon yang comel dan cantik.. Macam comel je, macam cantik je.. hehe..

Oklah.. bertemu lagi lain kali,,penat meroyan.. Buh-bye!

Eheh...Salam...

Tuesday, May 1, 2012

love is like heaven but hurt like hell,,, hahaha,, saje2 amek perkataan kat wallpaper handphone nih.. ayat tu memang betoi nok... bila bercinta semuanya bahagia,tapi bila bergaduh, mula la xde mud la, sakit ati la bagai.. tadi aku dok borak2 ngan mak aku,, kitorang bincang pasal calon menantu dia,,hehe,, dia kata, nak pilih isteri,bukan pakai kaut,,, bukan tengok rupa paras jer... kena tengok dia BOLEH BUAT KERJA KE X.. contoh memasak ke, mengemas rumah ke.. jangan cari yang nak jaga kecantikan je,tapi keje xreti nak buat.. erti kata lain,pemalas.. pastu kne tengok sama ada perempuan tu BOLEH JAGA KITA KE X.. haa kadang2 perempuan ni pandang duit..bukan kadang2,tapi mostly.. xcayer tgk cte korea, yang kaya2 sumer laki,,, sebab tu perempuan ramai minat korea,,, salah satu sebab untuk imaginasi,konon2 leh dapat laki sweet yang kaya yang hensem..ha ha ha dan ha...

Then, kena tgk PEREMPUAN TU BOLEH HIDUP TANPA KITA KE X,,, contohnya bila kita mendiamkan diri,, adakah dia cari lelaki lain untuk hiburkan dia.. or adakah dia akan mencari2 kita, xtenang bila kita tiada disisi... pastu kne tgk CARA PERGAULAN DIA.. adakah dia melayan ramai lelaki.. camner reaksi dia bila tersentuh lelaki lain,, adakah dia akan cuba mengelak or still sentuh menyentuh.. adakah cara percakapan bebas.. adakah cara layanan ngan kita sama je ngan kawan2 dia.. kerana "perilaku seseorang wanita menggambarkan maruah mereka".. peh tu ayat mak aku tuh,,,


and lastly, adakah DIA BETUL2 NAK KAT KITA,, or sekadar hiburan semata2.. sekadar nama sahaja.. kerana ini soal hati,, bila kecewa, boleh menjadi sejarah hitam.. boleh ubah tingkah laku kita,, benda bukan main2.. haa tu la yang mak aku cakap tadi.. so pada yang bercinta,pilih lah yang betul..



Monday, April 23, 2012

it is a damn truth about my life.. 16.3 is the date... bermulanya dengan kata-kata "sudikah awak jadi perempuan terakhir dalam hidup saya"... dan dibalasi dengan "ye saya sudi" pada 5 jam seterusnya.. pada masa tu, memang xtahu nak kata apa.. hati ni dah bersedia nak bercinta lagi.. setelah setahun lebih tiada pengganti kepada seseorang, kini hidup terasa diawang-awangan kembali,, kembali hidup..

masih aku ingat lagi, keesokan harinya, benda pertama yang dia bagi, sarapan aku.. roti kastard dan air jus oren.. masa tu, aku hanya mampu terdiam.. kerana aku sangat-sangat menghargai pemberiannya hingga xterucap kegembiraan aku...

date pertama kami berlokasi di Dataran Pahlawan,, masa tu, aku dapat rasakan sesuatu,, dia xsempurna mencintai aku.. ak tahu... tapi aku biarkan.. aku layan dia seperti biasa, seperti pasangan kekasih,,setelah seminggu lebih, kami pergi tesco.. masa tu, ak dapat rasakan, dia lain.. xmacam sebelum ni,, dulu jalan sorang depan sorang belakang,, tapi ni x,,jalan kiri kanan.. baru aku tahu.. dia sedang mencintai aku.. masa tu aku rasa sangat bahagia..

dan aku masih ingat lagi, dia menangis depan aku.. katanya dia terlalu sayangkan aku,, pada masa tu, hanya tuhan jer tahu bagaimana perasaan aku pada masa tu,, aku hanya tersenyum, tetapi disebalik senyuman tu, aku sangat gembira..rasa bagaikan ingin memeluknya sekuat-kuat hati aku..

namun,sikapku yang teruk ini membuatkan hubungan ini goyah.. pergaduhan sering berlaku.. dan kini aku rasakan, kasih sayangnya terhadap aku mula luntur sikit demi sikit.. kini aku dapat rasakan betapa rapuhnya hubungan kami.. aku tidak mengimpikan perpisahan,, aku xsanggup menderita akibat perpisahan,,luka lama masih belum sembuh.. dan xmampu untuk menampung luka baru...

harapanku masa ini, hubungan ni dapat dipulihkan.. kerana aku telah menyayanginya lebih daripada aku menyayangi orang sebelumnya.. aku sanggup buat apa saja,untuk menyelamatkan hubungan ini..

Monday, March 19, 2012

Friday, February 24, 2012

the return of MHR

im back..im back,im back,im back,im back,im back,im back,im back,im back,im back!!!!!


Friday, February 3, 2012

123


aku mimpi kanibal semalam.. it is strange how come i still think bout her...

Tuesday, November 29, 2011

Si Giler

makin banyak kerenah yang aku jumpa bila kerja kat 7e nih... wpon ak keje jawatan MT,ak still kne buat keje orang bawah aku.. kena jaga kaunter,jaga customer..

aritu, ada orang gila masuk store aku... aku tak pasan bila dia masuk,, then ada customer tengok dia, nak belikan dia air mineral,kira nk sedekah la kat orang gile tu,, dia xnak.. pastu customer tu pon balik la,, pastu,dengan pantas, orang gile tu amek air coklat dutch lady, dan keluar.. aku pon apa lagi,kejar dia,,, dia xnak bagi air tu kat aku.. bukan main marah lagi dia masa tu...abis pisang goreng yang dia pegang jatuh akibat bergelut ngan aku.. bila aku tengok dia dah macam marah2 pas aku cuba rampas air tu, aku biarkan dia je,, kesian pon ada.. yela orang gile,,busuk,,, sape nk bagi dia makan kn,,, so aku pon bayarkn la,,, bukan murah air tu,,, mahal,, pandai betul orang gila ni memilih...hahaha...

pastu tadi lak, ada sorang pakcik ni,, aku tanya dia umo bape,, dia kata 70.. dia pakai baju kemeja tapi xde butang.. pastu dia pakai kain pelekat... dia naik moto,pastu kat moto dia ada banyak plastik.. dia masuk lam store aku,pastu dia amek air mineral,, nak beli,,dia amek 3 botol 1.5 liter nyer,,botol beso la tu... dia bayar... dia kata air ni dia nak buat mandi... sebab dia kata kalau air paip,ada klorin.. aku pon biarkn jela,, pastu dia g kat sebelah store aku,g mandi.. pastu pas dia da mandi,manager store aku pon sampai,,dia kata jangan layan orang ni sebab aritu dia amek air xbayar,pastu mandi bogel kat depan store...

haa macam2 aku jumpa lagi,,, orang kena pukul la,,, orang negro la... haaa orang negro tu siap tanya aku camner rupa nasi lemak sebab awek dia nak makan...ada yang xnampak sign tarik kat pintu, pastu pi tolak kuat2 sebelum terhantuk kepala..hehe,,

tu je tok direportkn....