Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Wednesday, July 6, 2011

Bila Dengki Menguasai Diri

post ni berkaitan ngan kejadian yang menimpa family aku semalam.. semalam,pukul 6 petang, macam biasa, aku g buka kedai makan, susun2 meja kerusi sumer.. pastu tukang masak kedai aku ni pon sampai la.. dia cakap badan dia berdedau2.. (panas).. aku pon memaklumkan hal ni kat ayah aku.. ayah aku pon risau sebab abang jamal (tukang masak) ni selalu demam panas,, lagi2 waktu maghrib, lagi sakit,.. so semalam ayah aku wat keputusan g jumpa sorang ustaz.. ustaz ni cakap la, ni terkena buatan orang.. orang ni nak attack ayah aku tapi xdapat.. so dia aim tukang masak kedai aku.. ustaz tu cakap, abang jamal dah kena 90%, lg 10% miss.. so ustaz ni bagi lah sebotol minyak tok sembur kat kedai ngan barang ape tah tok abang jamal simpan, mudah2an dapat lindungi dari buatan orang..

ayah aku pon letak la minyak tu atas almari rokok kat kedai.. PANG!! serentak ngan tu, ada bunyi pecah.. tengok kat dapur,xde pape.. tengok kat bilik air, rupa2nya jubin dinding bilik air jatuh 4 keping.. pastu lam setengah jam kitorang kemas2kn lah jubin tu.. ada sorang pakcik ni, regular customer kat kedai aku, dia pon g la tengok.. dia kata ada benda dalam bilik air tu, kemungkinan orang yang nak buat jahat kat perniagaan family aku ni datang pastu dia sapu barang2 jampi kat dinding xpon guna abu pastu tiup kat bilik air tu.. dia cakap camtu sebab kalau jubin tu xlekat, dia jatuh pecah je.. tapi sekarang ni, jubin yang still melekat lagi kat dinding tu ada retak, kemungkinan kesan cakaran 'benda' tu.. sebab sebelum ni xde retak pon.. xkan jubin tu jatuh bawah, jubin yang kat atas boleh retak sendiri..

pastu, abang jamal, dia simpan barang yang ustaz tu bagi kat poket dia.. serta merta dia rasakan pandangan dia kabur, seolah2 ada asap keluar dari mata dia, mungkin "benda" tu nak keluar..

susah la camni,, orang nak cari rezeki,,, kalau nak bersaing, bersaing secara sihat,, bukan guna ilmu hitam.. xditerima bumi nanti.. hopefully pasni orang tu akan terima akibatnya,, amin..

4 comments:

acheeqa_farhana said...

ko salu cerita bnd yg mengerikan kan kan..uwaaa...

SPONGE said...

acik, benda2 ni ada je kat sekeliling kita,, cuma ramai je xtao and xaware.. nk citer pengalaman je..hehe,,

F@iZ@H said...

menyeramkn woo...tetbe t'ingt tyme kt mtrx,toilet kt blok aku.jubin jatuh n de kesan jari kt citu...xth 2 keje hantu or org...

SPONGE said...

ko blok mana paijah? bese kat blok plg ujong tu ada byk benda tu.. blok yg dkt ngan garaj beskal tu..