Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Wednesday, December 7, 2016

Game : Last of Us

Hye all,

Kali ni aku nak ceritakan pasal salah satu game yang femes kat pelantar PS3 dengan PS4. Tajuk game tu ialah "The Last of Us". Mula2 aku tengok gameplay dia kat youtube, pehh dasat2. Mula aaa imaginasi aku datang, konon2 nanti masa zombie outbreak, camner lah keadaan dia.

Game ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Joel, mempunyai seorang anak perempuan. Kanak2 perempuan tersebut mati ditembak askar apabila mereka cuba untuk melarikan diri daripada serangan zombie. (Biasalah bila ada benda2 camni jer, mulalah kerajaan nak kuarantin bandar untuk mengelakkan dari virus menular ke tempat lain).

Lepas 20 tahun kemudian, lelaki ni berjumpa dengan seorang kanak2 perempuan bernama Ellie. Atas sebab2 tertentu, Joel harus membawa Ellie untuk berjumpa ketua kumpulan Firefly (kumpulan yang menentang kerajaan pada masa itu). Kumpulan tersebut mempunya barang kepunyaan Joel. Ellie dikatakan immune pada gigitan zombie dan atas sebab itu Firefly memeras ugut Joel untuk membawa Ellie kepada mereka.

Dalam perjalanan mereka, timbul rasa kasih sayang antara mereka berdua, dan kebetulan pulak anak Joel yang mati ditembak lebih kurang sebaya dengan Ellie jika masih hidup. Developer game ni ialah Naughty Dog, salah satu company yang hebat. Grafik dia sangat cantik. Sangat details. Try la tengok kat youtube.

Baru2 ni trailer sequel no 2 untuk siri 'The Last of Us" didedahkan dengan tajuk "The Last of Us 2". Hopefully jalan citer dia best macam siri pertama.


No comments: