Sign Board

Pengikut-Pengikut SETIA (u follow me,i WILL follow u)

Monday, December 5, 2016

Hangout dengan anak bini

Hi u'olls..

Kali ni nak story sikit pasal last hangout dengan anak bini. Maklumlah, bizi punya pasal, nak hangout pon setahun sekali.. Sape yang keje bahagian finance/accountancy mesti paham. Cuti pon macam tak cuti. Deadline everywhere, everyday, everytime. Sometimes, nak buat kerja seharian pon pakai deadline, sebab dah terbiasa. Contohnya nak pi makan malam, agak2 dalam setengah jam mesti habis makan. Ni la akibatnya apabila kerja mempengaruhi fikiran. No time to rest.

Okay balik kat hangout tadi. Last Saturday kitorang decide nak hangout. Kalini aku bagi green light kat wife aku untuk mekap. Sejak kawin, jarang sangat dia mekap. Sebab katanya dia malas. Tapi aku tau jauh sudut hati dia memang nak sangat mekap. Aku takder hal, sebab aku paham, itu minat dia. Macam aku, hardcore gamers, dia layankan jer.

Pastu dah siap sumer, kitorang g Oriental Hospital dulu, melawat kawan wife aku punya husband yang buat minor operation kat lutut. Hospital tu baru lagi, so tak ramai orang. Sunyi. Kalau malam2 ni meremang jugak la kalau duduk sana. Cuma yang tak bestnyer, dia punya nurse. Tak pandai hormat patient. Sepatutnya private hospital kena la bagi layanan terbaik. Ni dia punya cakap memang suka buat orang sakit hati. Tak semua la, ada la certain2 orang.

Pastu kitorang g Dataran Pahlawan. Aku tak berapa suka datang sini sebab parking dia payah. Kalau ada pon yang mahal. Macam parking dalam Mahkota Parade, Hatten, DP. Kalau parking kat tepi2 jalan tu, nasib2 jer dapat. Aku lagi suka g AEON, sebab parking pon singgit jer. Banyak pulak tu parking. Orang2 Melaka tau kot perasaan aku ni (-_-)

Kat DP ni jer dah dekat 50 pic wife aku snap. OOTD katanya. Anak aku pon sama OOTD. So ada geng la dia. Lepas jejalan, tiba2 aku merasakan ada sesuatu tidak kena. Makin lama perasaan tu makin kuat, Ia adalah sesuatu yang dipanggil.... "LAPAR".. hmmm..

Anak dengan mak sibuk OOTD, bapak dia layan PSP kat belakang


Aku pon ajak wife aku g mekdi. Ngidam burger pulak. Pastu tengah2 menjamu selera, kami didatangi seseorang. Peminta sedekah. Dia meminta sedikit duit kerana mengatakan belum makan lagi. Aku pon hulur la sikit. Lepas dapat duit dari tangan aku, dia sorokkan duit tu dalam tangan sebelah lagi. Aku tengok berkepuk jugak la duit dia tu. Tanpa cakap TRIMAS, dia pon jalan gitu je, pastu g kat orang lain.

Aku dengan wife aku macam tergamam. Then aku cakap, think positive. Mungkin dia ada anak bini untuk diberi makan. So kita harus bagi dengan ikhlas.

Oklah. tu saja kisah kita untuk hari ni..

Bye~~~Ngee..

No comments: